RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Tahun : 5 Gemilang
Masa : 30 minit
Bidang : Akhlak Islamiah
Tajuk : Adab menziarahi jiran
Pemikiran : Kesedaran mengamalkan
cara hidup berjiran
Amalan : Mengamalkan cara-cara hidup
berjiran menurut islam
Penghayatan : Memupuk persaudaraan
kasih sayang dan semangat kejiranan mengikut ajaran islam Fokos dalam prinsip
asas:
1) rakyat berjiwa merdeka
2)kehidupan berkualiti
3)keutuhan budaya dan moral
Kaedah: sumbangsaran, perbincangan,
simulasi
Pengetahuan sedia ada murid:
1)murid biasa hidup berjiran
2)murid telah mengamal sebahagian
adab berjiran dalam islam
3)murid telah mengalami hidup
berjiran di tempat mereka
Sumber pengajaran dan pembelajaran
1) Gambar kawasan perumahan atau
kampung
2) Kertas majung
3) Komputer riba, projekter
4) Bahan bercetak (lembaran kerja)
Persediaan mengajar:
1) Mengenal pasti kumpulan murid
berdasarkan aras
2) Menyediakan bahan bantu mengajar
dengan tajuk
Gabung jalin pelajaran: Jawi,
ibadah,bahasa melayu, moral dan matematik
Kemahiran: 1) KBKK
Hasil Pembelajaran: Di akhir
pengajaran nanti murid-murid dapat:
Aras 1: Menyatakan maksud menziarahi
jiran.
Aras 2: Menyenaraikan adab-adab
semasa menziarahi jiran
Aras 3: - Menyenaraikan hikmah
beradab apabila menziarahi jiran.
Menyenaraikan 3 perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran.
Langkah / Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Guru dan Murid
|
Catatan
|
Set Induksi
(3 minit)
|
Gambar perumahan
Gambar kawasan kampung
|
-
Guru
memberi salam dan meminta pelajar membaca doa.
-
Murid
menjawab salam dan membaca doa sebelum belajar.
-
Guru
mempamerkan gambar satu kawasan perumahan dan satu kawasan kampung.
-
Guru
menyoal murid berdasarkan gambar
-
Murid
melihat gambar dan menjawab soalan guru
Contoh
soalan:
1) Siapa diantara anda
tinggal di kawasan taman perumahan?
Saya tinggal di Taman Sri Tampoi.
2) Siapa diantara anda
yang tinggal di kawasan kampung?
Saya tinggal di Kampung Kejai A
3) Adakah anda kenal
orang yang tinggal disekeliling rumah anda?
Kami kenal orang yang tinggal
berdekatan dengan rumah kami. Mereka adalah jiran-jiran kami.
-
Guru
mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini
iaitu adab menziarahi jiran.
|
KBKK:
Fikiran refleksi
ILMU:
Moral
NILAI:
Berbudi bahasa
BBM:
Gambar
|
Langkah 1
(10minit)
|
Carta
pengertian menziarahi jiran.
-Mengunjungi orang yang tinggal
berhampiran rumah kediaman kita (40 buah rumah)
-Adab sebelum
menziarahi jiran
1.memilih
masa yang sesuai
2.memakai
pakaian yang menutup aurat
3.niat
bertemu dan berpisah kerana Allah
-Adab semasa menziarahi jiran
1) memberi salam dan
bersalaman
2) meminta izin untuk
masuk
3) memendekkan tempoh
ziarah
4) mengawal pandangan
5) merendah suara dan
bersopan semasa bercakap
6) meminta izin jika
hendak menggunakan kemudahan di rumah jiran
Adab selepas berziarah
1) meminta izin ketika
hendak beredar
2) memberi salam dan
bersalaman sebelum beredar
|
- Guru mempamerkan
carta pengertian menziarahi jiran dan meminta murid membaca bersama-sama.
-
Murid
membaca pengertian menziarahi jiran seperti yang dipaparkan.
-
Guru
menerangkan pengertian menziarahi jiran
-
Murid
mendengar penerangan guru serta memahami maksud menziarahi jiran.
-
Guru
membahagikan murid kepada 3 kumpulan.(A, B, C)
-
Guru
meminta murid kumpulan A menyenaraikan (adab-adab sebelum menziarahi jiran).
Kumpulan B (adab –adab semasa) dan kumpulan C (adab-adab selepas)
-
Murid
kumpulan A, B dan C berbincang dan memberi pendapat mereka mengenai adab-adab
sebelum menziarahi jiran berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Wakil
kumpulan masing-masing membentangkan hasil perbincangan.
-
Guru
mempamerkan adab-adab yang telah dibincangkan dan meminta murid menyebutnya
satu persatu sacara kelas.
-
Murid
membaca adab-adab yang dipamerkan oleh guru satu persatu secara kelas.
-
Murid
mendengar penerangan guru mengenai adab-adab sebelum menziarahi jiran.
|
KBKK:
Fikiran refleksi, Sumbang saran
ILMU:
Moral, Bahasa Melayu, Metematik
NILAI:
Berbudi bahasa, Hormat menghormati,
Menghargai hak jiran.
BBM:
Carta, Slaid. Lap top, Projekter
|
Langkah 2 (5minit)
|
Perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran
1)
Enggan memberi salam.
2)
Masa tidak bersesuaian
3)
Mengusik barang-barang tuan rumah
4)
Menjatuhkan maruah tuan rumah
5)
Mengumpat
6)
Bercakap kasar
|
-
Guru
meminta murid berbincang di dalam kumpulan mengenai perkara-perkara yang
perlu dihindari ketika menziarahi jiran.
-
Murid berbincang di dalam kumpulan memgenai
perkara-perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran seperti yang
diarahkan oleh guru.
_
Guru meminta wakil setiap kumpulan nampal
dan memembentangkan hasil perbincangan di
hadapan kelas
- Wakil kumpulan membentangkan dan menampalkan hasil perbincangan di
hadapan kelas.
-
Guru
meminta murid menyebut isi yang sama hasil pembentangan tersebut
-
Murid menyebut semula isi pembentangan dan
menyebut semula isi yang sama hasil pembentangan setiap kumpulan
|
KBKK:
Fikiran
refleksi, Sumbang saran
ILMU:
Moral,
Bahasa Melayu
NILAI:
Berbudi
bahasa, Hormat menghormati, Menghargai hak jiran.
BBM:
Kertas
Majung, Maker pen, Tape
|
Langkah 3
(4minit)
|
Hikmah menziarahi jiran
|
-Guru mempamerkan carta hikmah dan murid
menyebut mengikut guru.
- Guru
menerangkan satu persatu berdasarkanm carta yang dipamerkan.
|
ILMU:
Moral,
Ibadah
NILAI:
Menghormati
hak bersama BBM:
Slaid,
Lap top, Projekter dan Lembaran kerja
|
Langkah 4
(5minit)
|
Pengukuhan
Lembaran kerja
|
-
Guru
mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menjawabnya.
-
Murid menjawab soalan secara individu.
-
Guru
meminta murid menyemak jawapan yang betul
Murid menyemak
jawapan dan
membuat pembetulan
jika ada
|
BBM:
Lembaran
kerja
Nilai:
Tekun
dan sabar
|
Penutup
(3 minit)
|
Guru
mempamerkan carta pantun dan meminta murid berpantun bersama-sama secara
kelas
-
Murid berpantun bersama-sama.
Guru
membuat kesimpulan terhadap tajuk pembelajaran hari ini dan murid menguasai isi pelajaran hari ini.
|
BBM:
Carta
Pantun.
Nilai:
Semangat
berjiran.
|
Refleksi
Pembelajaran Bagi Sesi Makropengajaran.
i.
PENDAHULUAN
Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
inayahNya dapat saya melaksanakan satu tugasan mengajar dan merakamkannya dalam
bentuk video pengajaran makro. Di sini saya juga ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada Tutor E-Learning saya selaku pensyarah kursus Universiti Pendidikan
Sultan Idris dan jua sebagai penilai kerja kursus ini. Semoga semua tugasan
yang saya hasilkan menepati kehendak soalan.
Jutaan terima kasih jua diucapkan kepada En Khalep b. Ahmad, selaku
tenaga pengajar bagi kursus KPD 3026 ini. Semoga segala usaha beliau mendidik
kami diberkati Ilahi hendaknya. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada
keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dan semua rakan yang
membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya kepada murid-murid tahun 5
Gemilang Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi Kuala Nerang Kedah kerana mereka
terlibat secara langsung dalam menjayakan sesi pengajaran makro saya pada kali
ini.
ii.
KEKUATAN
Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi
ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini
dapat dicurahkan kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha
bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa kini.
Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Secara keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif
pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang. Murid-murid juga
bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya menyebabakan tiada masalah
dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya pada hari ini juga sangat ceria
dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan
lebih kondusif, ceria dan mantap. Saya juga mempunyai personaliti yang baik
seperti cara berpakaian adalah mengikut kod etika perguruan dan bersesuaian
dengan gelaran seorang guru pendidikan islam. Proses pengajaran dan
pembelajaran juga berlaku dua hala. Murid-murid memberi respon kepada
soalan-soalan yang dikemukan oleh saya, tetapi pada hari itu kesihatan
saya agak kurang baik kerana mengalami demam selsema,
walaubagaimana saya tetap bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah
S.W.T dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini.
iii.
KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI
Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan
pada makro pengajaran saya ini. Pertamanya adalah penggunaan papan tulis. Saya tidak
menulis tajuk pelajaran setelah memperkenalkan tajuk pelajaran kepada
murid-murid. Tajuk pelajaran sepatutnya perlu ditulis dengan jelas pada papan
tulis. Kecuaian saya ini menyebabkan murid yang berada di aras 1, mungkin
tertanya-tanya mengenai tajuk yang diperkenalkan oleh saya selepas set induksi
dilaksanakan. Selain itu saya juga tidak memakai tanda nama sewaktu
mengajar. Tanda nama merupakan cabang dalam kod etika perguruan. Seseorang guru
yang tidak memakai tanda nama dianggap salah dari segi kod etika berpakaian
kakitangan kerajaan seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Jika diberi peluang sekali lagi saya berharap perkara-perkara yang
mungkin dianggap remeh ini tidak akan berlaku lagi.
Selain itu, saya tidak menggunakan bahan bantu mengajar
mengikut seperti apa yang telah saya rancangkan. Hal ini berlaku kerana berlaku
sedikit kekangan tat kala memasang projector pada kelas saya. Projekter
tersebut rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan saya telah hilang mood dan
terpaksa menggantikan bahan bantu mengajar saya dengan kertas majung sahaja.
Saya telahpun menyediakan salid (power point) untuk digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran saya ini, namun kita hanya merancang dan Allah saja yang telah
menentukan. Sepatutnya saya juga boleh menggunakan tayangan video yang dimuat naik
dari “you tube” sebagai bahan pengajaran kerana dengan tayangan tersebut
murid-murid mungkin lebih berminat dan bersemangat untuk mengetahui isi
pelajaran saya pada hari itu. Jika saya diberi peluang sekali lagi untuk
mengajar tajuk ini, saya akan mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran
saya.
Saya juga kurang prihatin dengan aktiviti atau kaedah pengajaran
saya. Saya hanya menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu penyoalan,
perbincangan, pembentangan dan membaca semula teks yang dipamerkan serta kaedah
sumbang saran. Selain itu saya juga lebih
banyak menggunakan kedah syarahan. Jika dilihat semula kaedah atau
teknik lakunan atau simulasi juga boleh digunakan agar murid-murid menjadi
lebih cergas.
Pada langkah pengukuhan pula saya kurang melibatkan semua murid.
Murid yang berada di aras 1 tidak dikumpulkan dan tidak dibimbing sepenuhnya.
Saya hanya membimbing murid yang bertanyakan soalan sahaja. Jika saya
berpeluang sekali lagi mengajar tajuk ini perkara-perkara sebegini akan lebih
saya berikan perhatian.
Saya juga terkilan kerana suara saya pada hari itu juga agak
kurang memuaskan dan kurang menarik. Hal ini berlaku kerana saya
mengalami deman selesema. Seperti yang kita sedia maklum suara guru juga
merupakan satu aspek penting dalam proses mengajar. Suara yang lemah, kurang
jelas, menggunakan nada yang sama juga akan menyebabkan murid-murid jemu
mendengarnya. Hal ini perlu dititik beratkan memandang kelas saya mempunyai
murid yang ramai iaitu seramai 45 orang dalam satu kelas. Kepadatan murid perlu
diselarikan dengan suara yang kuat, tegas, lunak dan menggunakan pelbagai
intonasi kerana kemungkinan murid tidak akan memberi perhatian sewaktu guru
mengajar jika mereka tidak berminat dengan suara guru mereka.
Seterunya saya juga kurang menyentuh kepintaran semua murid secara
terperinci. Saya lebih banyak memberi ruang kepada murid yang aktif sahaja
menyertai pengajaran saya. Murid-murid yang berada pada aras 1 tidak berperanan
kerana tidak diberi ruang kepadanya secara khusus. Jika saya diberi peluang
mengajar tajuk ini lagi, saya akan memastikan semua murid menyertai proses
pengajaran dan pembelajar yang saya jalankan.
Saya juga kurang menitik beratakan masa yang patut diambil
bagi sesi pengajaran saya kali ini. Justeru saya terkejar-kejar menggunakan
setiap masa yang ada dengan keadaan yang agak kalut. Jika saya berpeluang
mengajar sekali lagi tajuk ini, saya akan memperuntukkan masa yang lebih. Masa
30 minit agak kurang sesuai untuk mengajar secara keseluruhan isi kandungan
dalam tajuk ini. Contohnya saya boleh menggunakan 30minit pada pengertian dan
adab-adab sebelum, semasa dan selepas sahaja, manakala saya perlu menggunakan
30minit lagi untuk mengajar perkara-perkara yang perlu dihindari ketika
mengunjung ke rumah jiran dan juga hikmah mengamalkan adab-adab menziarahi
jiran. Masa yang sebegini dapat memberi ruang mengajar
yang lebih selesa untuk mempelbagaikan aktiviti seperti tayangan
video, simulasi dan sebagainya. Pengurusan masa sangat penting bagi seseorang
guru terutama ketika merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran sebenar. Masa yang diatur dengan baik serta bijak akan
menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.
iv.
KESIMPULAN
Ekoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat mengambil
kesempatan untuk memuhasabah diri saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran terutama pada tajuk ini. Masih banyak perkara yang perlu saya
perbaiki. Justeru saya perlu mengambil beberapa langkah segera dan bersesuaian
jika saya diberi peluang mengajar pada lain kalinya. Perkara-perkara yang boleh
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah segera
diatasi dan juga dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru
haruslah memiliki sifat kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini akan lebih
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan secemerlang
mungkin. Walaubagaimana dan apa carapun yang paling penting adalah berlakunya
proses guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih
diutamakan kerana ianya merupakan proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang
sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras
dengan keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang paling diharapkan
oleh semua warga pendidik sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Sekian terima kasih.
LAMPIRAN
LEMBARAN KERJA
A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul
berhampiran
|
pandangan
|
mengeratkan
|
perihatin
|
masa
|
kemudahan
|
1. Jiran
ialah orang yang tinggal ________________dengan rumah kita.
2. Menziarahi
jiran bermaksud melawat mereka untuk _____________ perhubungan.
3. Apabila
menziarahi jiran hendaklah memilih _______________ yang sesuai.
4. Apabila
berada di rumah jiran hendaklah mengawal _____________.
5. Kita
hendaklah meminta izin menggunakan sebarang ________________milik tuan rumah.
6. Jiran
yang baik sentiasa ______________dengan masyarakat sekeliling.
No comments:
Post a Comment