Memuliakan Jiran
Baginda
SAW adalah merupakan contoh teladan dan idola
kita dalam melakukan apa sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud.
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh
teladan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan
hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah."
Dalam
pergaulan sesama jiran dan masyarakat, Rasulullah SAW telah mengajar kita
sifat dan akhlak yang sepatutnya seorang muslim itu tonjolkan dan laksanakan.
Jika kita membaca atau mendengar kisah-kisah sirah junjungan kita Rasulullah
SAW, terdapat banyak contoh bagaimana cara Rasulullah s.a.w memuliakan jiran
baginda.
Antara
kisah yang masyhur ialah kisah baginda dengan jirannya yang merupakan seorang
Yahudi. Jiran baginda ini seringkali meletakkan kotoran di hadapan pintu rumah
baginda, sehinggalah suatu hari baginda mendapati tiada kotoran di depan pintu
rumah baginda. Maka ketahuilah Rasulullah SAW bahawa jirannya itu sakit lalu
baginda pun menziarahinya. Rasulullah SAW menunjukkan kasih sayang
baginda sehingga jiran baginda yang selalu menyakiti baginda memeluk
Islam kerana terkesan dengan akhlak mulia baginda.
Juga
kisah bagaimana Rasulullah SAW ketika mula-mula sampai di Madinah, ketika kisah
di mana baginda ingin menetap. Rasulullah meminta izin daripada Abu Ayub
Al-Ansori untuk menginap di tingkat bawah bagi memudahkan masyarakat Madinah
untuk menziarahi baginda.
Jiran
tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam.
Hormat menghormati, tolong-menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah
asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Masyarakat yang
terbina dari keluarga-keluarga muslim yang melaksanakan tuntutan seorang muslim
akan terbina darinya sebuah negara muslim yang hakiki.
terima kasih ustazah atas informasi ini..
ReplyDeleteustazah kan pandai bercerita kisah-kisah nabi,,bleh la tambah lagi lain kali...
terima kasih farhana..
DeleteInsyaallah kalau ada ruang waktu ustazah akan kongsi lagi kisah-kisah nabi...
Tahniah.blog yang kreatif dan inovatif.
ReplyDeleteSama-sama sahabat....moga kita semua diberkati..
ReplyDelete