NOTA


Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat menghormati, tolong-menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Masyarakat yang terbina dari keluarga-keluarga muslim yang melaksanakan tuntutan seorang muslim akan terbina darinya sebuah negara muslim yang hakiki.

Pengertian Jiran  ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap penjuru.

Pengertian menziarahi jiran ialah mengunjungi orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kediaman  kita.
 
Islam menyuruh kita memuliakan dan menghormati jiran tetangga Hidup aman damai jika wujud persefahaman dan kerjasama antara jiran tetangga Jiran adalah orang terdekat yang boleh kita minta bantuan dan memberi bantuan serta pertolongan jika menghadapi kesusahan Ciri jiran yang baik: bertanggungjawab dan sentiasa prihatin dengan jiran lain Kita wajib menolong jiran yang dalam kesusahan walaupun mereka bukan beragama islam


Hak dan kewajipan seorang muslim terhadap jiran.

JENIS –JENIS HAK
 1. Jiran muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan
     Hak sebagai seorang muslim Hak sebagai kerabat Hak sebagai jiran
 2. Jiran muslim yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan
     Hak sebagai seorang muslim Hak sebagai seorang jiran
3. Jiran bukan muslim
     Hak sebagai seorang jiran 

Adab sebelum menziarahi jiran
 1)  memilih masa yang sesuai
 2) .memakai pakaian yang menutup aurat
 3) .niat bertemu dan berpisah kerana Allah
Adab semasa menziarahi jiran
1)      memberi salam dan bersalaman
2)      meminta izin untuk masuk
3)      memendekkan tempoh ziarah
4)      mengawal pandangan
5)      merendah suara dan bersopan semasa bercakap
6)      meminta izin jika hendak menggunakan kemudahan di rumah jiran

Adab selepas berziarah
1)      meminta izin ketika hendak beredar
2)      memberi salam dan bersalaman sebelum beredar

Perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran
1)      Enggan memberi salam.
2)      Masa tidak bersesuaian
3)      Mengusik barang-barang tuan rumah
4)      Menjatuhkan maruah tuan rumah
5)      Mengumpat
6)      Bercakap kasar

 Hikmah menziarahi jiran
1)   Menghilangkan sifat sombong
2)   Mengeratkan silaturrahim
3)   Melahirkan sifat-sifat murni di dalam jiwa.
4)   Mendapat pahala dari Allah S.W.T

Hak-hak jiran ke atas kita
Dipetik daripada "Bimbingan Mukminin" Imam Al-Ghazali.


1. Mula memberi salam kepadanya.
2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal – ehwalnya.
3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.
4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira  apabila ia bergembira.
5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegembiraan.
6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.


      IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN

1.   Kehidupan tidak tenang.
2.   Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
3.   Terpinggir daripada masyarakat.
4.   Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
5.   Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir.

      PENGHAYATAN

1.   Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
2.   Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
3.   Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
4.   Mempunyai semangat rela berkorban dan perihatin terhadap jiran.
-

2 comments:

  1. Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog yang menarik. Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kembali...semoga kita semua beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat..

    ReplyDelete